Bismillahirrahmanirrahim..
Sejak kebelakangan ini,
hatiku menjadi tidak keruan. Gundah gulana sentiasa. Ku cuba mencari di
mana silapnya. Aku cuba mencari jalan penyelesaiannya. Tapi bagaimana
boleh aku mendapatkan solusinya sedangkan akar masalah itu belum ku
temui?
Ku
berfikir dan terus berfikir. Akhirnya ku temui di mana titik punca
mengapa hatiku menjadi tidak keruan. Baru kusedari, rupanya aku
kehilangan cinta. Yes, cinta. Tapi aku bukan kehilangan sebarangan cinta. Aku kehilangan cinta yang agung dan cinta yang tertinggi. Cinta Allah.
Kusedari
ini apabila kuperhatikan quality ibadahku mula merosot. Aku menjadi
malas mengaji. Malas melakukan solat sunat. Tidak lagi merasakan
kemanisan bila bersama-Nya. Segalanya menjadi tawar.
Aku rindukan saat-saat dulu apabila aku merasakan kemanisan saat ku beribadah kepada-Nya. Sungguh aku rindu.
Aku merindukan saat itu.
Saat aku kuat.
Saat aku masih boleh tersenyum tatkala ujian datang bertimpa.
Saat segala-galanya ku lakukan hanya untuk-Mu.
Saat hatiku hanya dipenuhi cinta-Mu.
Sungguh aku rindu ya Rabb.
Ku mula mencari-cari di manakah silapnya sehinggakan api cinta-Mu semakin suram dalam diri ini. Tidak ikhlas kah aku ketika berubah dulu? Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui isi hatiku.
Akhirnya ku temui jawapan untuk menghilangkan resah di hati ini. Jawapannya amat mudah sekali. Iaitu kembali kepada Allah.
Bagaimana caranya untuk kembali kepada Allah?
1. Check balik niat kenapa berubah dahulu. Ikhlaskan niat hanya untuk Allah.
Senang nak cakap, tapi agak sukar untuk dibuat sebenarnya. Kita cakap
ikhlas tapi hanya Allah sahaja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasan
kita. Memang sukar, tapi tak mustahil kan?
2. Mengenali Allah supaya hati kembali terpaut kepada-Nya.
Bagaimana
caranya untuk mengenali Allah? Dengan mengetahui asma'Nya. Dan juga
dengan menambahkan pengetahuan kita berkaitan dengan ilmu agama. Sungguh
Allah itu tidak pernah jauh. Allah itu sangat dekat dan akrab dengan
diri kita melebihi dekatnya urat leher kita dengan kita. Allah berfirman
dalam Al-Quran:
"Jika hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, katakanlah, Aku dekat." (Al-Baqarah, 2: 186)
3. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Kita
hendaklah sentiasa positif dengan Allah. Jangan pernah ada bersangka
buruk dengan Allah. Sungguh, sebab segala yang berlaku ada hikmanya. Dia
tidak jadikan sesuatu itu tiba-tiba dan sia-sia. Ada hikmahnya Allah
jadikan kita jauh sebentar dari-Nya, supaya kita tersedar tanpa
cinta-Nya maka hidup menjadi sia-sia dan tiada ketenangan. Jadi
bersangka baiklah dengan Allah.
Sabda Rasulullah saw dalam satu hadis qudsi:
"Aku (Allah) berada dalam sangkaan hamba-Ku. Maka bersangkalah dengan apa yang dia kehendaki." (Riwayat Ahmad)
4. Cinta akan perkara yang dicintai Allah.
Kalau
kita cintakan seseorang, pasti kita akan buat apa sahaja yang dia minta
kan? Samalah juga dengan Allah. Kita mengaku cintakan Allah, jadi kita
kenalah buat apa yang dia suruh. Salah satunya ialah mengikut apa yang
dilakukan oleh kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya
Baginda ialah qudwah hasanah yang terbaik dan memang wajar diikuti oleh
kita semua.
Dalam Al-Quran, Allah ada berfirman:
" Katakanlah: Jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku (Muhammad), kamu akan dicintai Allah. Dan Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih." (Surah Ali 'Imran: 31)
5. Tidak meletakkan dunia di hati.
Janganlah
kita melebihkan rasa cinta kepada dunia. Kerna apabila dunia lebih
dipentingkan daripada akhirat, maka terjadilah keadaan seperti hari ini.
Kita akan ketandusan cinta daripada Allah. Contohilah Rasulullah saw
dan para sahabat. Hidup mereka seimbang (wasatiah) sehinggakan dunia
hanya berada di tangan, Allah tetap berada di hati.
6. Berdoa kepada Allah.
Berdoalah
kepada Allah semoga cinta-Nya sentiasa harum mekar di dalam hati.
Sesungguhnya Allah lah yang membolak-balikkan hati. Pintalah kepada
Allah. Hanya Allah lah tempat kita menyembah dan memohon pertolongan.
Saya pernah membaca satu kata-kata.
" Sekiranya dirimu mendapat Allah, engkau akan dapat segala-galanya."
Konklusinya apabila dirimu dilanda ketandusan cinta, kembalilah kepada Allah.
Dialah sebaik-baik tempat kembali. Jangan dicari keduniaan untuk
menghilangkan keresahan hatimu. Nescaya, diri akan bertambah gelisah.
Carilah Allah, kau akan beroleh ketenangan.
Keep playing this song tonight.
Ku damba Redha-Mu by Devotees
Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi
Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah Tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku.. ditimpa sesalan
Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhaMu.. kuharungi juga
Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikitpun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar temphunya..
Rap:
Di tanah Tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku.. ditimpa sesalan
Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhaMu.. kuharungi juga
Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikitpun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar temphunya..
Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah.. redhailah..
Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

0 komentar:
Posting Komentar