Bismillahirrahmanirrahim..
Seringkali
dalam hidup ni manusia diuji. Lepas satu, satu. Satu ujian berakhir,
datang pula ujian lain.Tak kiralah sama ada ujian tu besar atau pun
kecil. Cuba bilang sebanyak mana kita dah diuji dari kecil sampai lah
sekarang. Mesti dah tak terkira dan banyak cara macam mana Allah uji
kita kan? Semua hamba Allah yang mengaku dirinya beriman mesti dan pasti akan diuji.
Allah sendiri pun dah cakap dalam Al Quran yang membawa maksud:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, 'kami telah beriman', sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta". (Al Ankabut: 2-3)

Haa, baca
tu. Allah kata Dia akan uji orang-orang yang beriman. Bukan kita je
yang diuji, umat-umat yang terdahulu pun diuji. Sedangkan Rasulullah
sendiri pun banyak diuji dalam usaha baginda untuk menyebarkan dakwah
supaya Islam sampai kepada kita hari ni. Dan sudah pasti ujian yang
Rasulullah terima lagi hebat dari kita. Apalah sangat ujian kita ni
kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah kan? Dan betul lah, semakin
tinggi iman seseorang tu, akan semakin banyak lah dia akan diuji. Dan
ujian ni, bukan saja-saja Allah bagi kat kita. Dia nak uji sejauh mana
kita ni betul-betul beriman dengan Dia. Sebab keimanan ni bukannya
sekadar kita cakap kat mulut, 'Aku dah beriman'. Jangan sangka kita dah
beriman bila cakap macam tu. Tak cukup dengan cakap je.
Jadi apa makna iman? Iman ni dapatlah dimaksudkan dengan membenarkan dalam hati, mengaku dengan lisan dan beramal dengan perbuatan. See? Iman ni bukan sekadar beriman kat mulut je. Iman juga mesti ditunjukkan dengan perbuatan. Macam mana nak tunjukkan dengan perbuatan? Salah satunya, amar ma'ruf dan nahi munkar. Lakukan semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua benda yang Dia larang. Dan jangan lupa berdoa pada Allah moga dikuatkan iman kita yang hanya senipis kulit bawang ni :)

Selalu
kan kita fikir, kenapalah Allah bagi ujian kat aku? Kenapa aku? Kenapa
bukan orang lain? Jawapannya mudah, sebabnya Allah tahu kita memang
boleh hadapi ujian ni. Kalau tak, Dia takkan uji ni kat kita. Dan belum
tentu kalau diuji kat orang lain, dia mampu. Sebab tu lah kita terpilih.
Bersyukur lah bila Allah uji kita sebab tu tandanya Allah sayang kat kita. Allah cakap lagi :
"Allah tidak membebani sesorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Al-Baqarah:286)
Nah,
Allah uji sebab Dia tahu memang kita mampu nak handle ujian tu. Allah
tak kejam. Ingat tu ye kawan-kawan. Allah baik sangat kat kita. Kena
yakin semua yang Allah jadikan dan tentukan adalah yang terbaik untuk
kita. Sebab Allah tak kan jadikan sesuatu tu secara tiba-tiba dan
sia-sia.
Ujian
Allah ni boleh datang dalam pelbagai bentuk. Jangan ingat ujian ni
hanya datang dalam bentuk kesusahan je, macam kehilangan orang
tersayang, jatuh miskin, sakit dan sebagainya. Kesenangan juga merupakan
satu bentuk ujian. Harta kekayaan, anak yang ramai , result exam yang
gempak-gempak dan lain-lain lagi. Semua tu ujian. Allah nak tengok iman
kita makin bertambah ke tak kita dapat nikmat-nikmat ni dan adakah kita
jadi hamba yang bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Dia bagi ni? Adakah
dengan kekayaan yang kita ada tu, kita tolong orang-orang susah yang
memerlukan? Dapat result gempak tapi lupa
nak berterima kasih dengan Allah. Sombong sungguh orang yang cakap dia
dapat kejayaan tu based on usaha dia semata dan bukannya sebab Allah
yang bagi! Sedangkan Allah yang bagi semua tu. Kalaulah Dia nak bagi
kita fail pun senang sangat. Jadi, jangan sombong bila dapat nikmat.
Sedarlah sebenarnya kita sedang diuji!
Kadang-kadang
kita diuji dengan kegagalan, kekecewaan. Mesti akan terdetik di hati,
kenapalah aku tak dapat apa yang aku harapkan? Kenapa dan kenapa? Jangan
sedih sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia sangat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia sangat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (Al-Baqarah: 216)

Sebagai
contohnya, kita suka sangat kat someone kan. Tup tup dia kahwin dengan
orang lain. Kita fikir kenapa Allah tak jodohkan aku dengan dia? Jangan
sesekali salahkan Allah. Sebab Allah memang the BEST planner ever. Kita
fikir kita akan bahagia kalau kahwin dengan dia, tapi Allah lebih
mengetahui. Mungkin kita akan menderita kalau kahwin dengan dia. Sebab
tu jangan bimbang dan sedih sangat bila kita tak dapat apa yang kita
harapkan sebab Allah dah sediakan perancangan yang lebih baik untuk
dirimu. Dia dah sediakan someone/something yang much more better than
benda yang kita suka tu.
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman". (Ali 'Imran: 139)
"Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman". (Ali 'Imran: 139)
Macam
mana sebaik-baik cara untuk menghadapi ujian yang Allah beri kat kita
ye? Jangan bimbang sebab Allah memang dah bagitau apa solution nya dalam
Al Quran. Tengok, Allah memang sayang kat kita kan kan. Semua dia
bagitahu.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)". (Ali 'Imran: 200)
" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, kerna sesungguhnya solat itu sangatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk". (Al- Baqarah: 45)

Pertama sabar.
Sabar ni memang tidak mudah tapi insyaAllah boleh dipupuk. Pupuklah
sifat sabar dalam diri sedikit demi sedikit. Bukan nya apa, banyak
sangat kebaikan yang kita dapat dengan sabar ni. Antaranya Allah sayang.
Ni yang kita semua nak kan? Allah memang suka kat orang yang sabar ni.
Selain tu, dengan sabar jugak kita akan dapat pengampunan dan pahala
yang besar. So, mari lah sama-sama kita rebut peluang ni. Latih sabar
dalam diri.
Kedua solat.
Solat ni lah cara untuk kita berinteraksi dengan Allah. Masa dahi kita
sujud ke lantai, terasalah sangat diri ni hanyalah hamba yang kerdil
dihadapanNya. Memang rasa Dialah pemilik seluruh alam ni dan hanya
Dialah tempat kita bergantung harap. Tapi ingat, bukan sekadar solat
biasa tapi solat yang khusyuk. Memang diakui sukar untuk stay fokus
khusyuk dalam solat malah untuk saya sendiri pun. Tapi yang penting kita
kena lah selalu berusaha untuk menjadikan solat kita khusyuk.
Nak tahu tak apa ganjaran yang Allah bagi pada orang-orang beriman yang diuji tadi?
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka". (At-Taubah: 111)
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka". (At-Taubah: 111)
Wah!
Syurga. Siapa yang nak masuk syurga sila senyum :) Syurga. Inilah
sebaik-baik hadiah untuk kita. Syurgalah yang kita kejar. Apa lagi yang
better than hadiah yang Allah nak bagi ni. Biarlah dikumpul seluruh
kekayaan dan kebahagiaan dari segenap pelusuk dunia ni, belum tentu
dapat dibandingkan dengan nikmat syurga. Tapi, nak masuk syurga ni
bukannya mudah. Mahal sangat harganya. Bersabar lah dengan ujian-ujian
yang Allah berikan kat dunia ni dan yakinlah syurga sedang menanti para
pencintaNya!
Sebelum
saya menamatkan entry ni, ingatlah semua ujian ni datangnya dari Allah
dan kepadaNya lah kita patut berharap dan meminta pertolongan.
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal". (At Taubah: 129)
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal". (At Taubah: 129)
0 komentar:
Posting Komentar