Minggu, Februari 23, 2014
0
Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ ada kenangan.

Kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan.


Hargai kedua-duanya kerana itu anugerah tuhan.


Terima kasih ya Allah atas perkenalan yang penuh bermakna dan Penuh kasih sayang.


Jangan biarkan kasih sayang itu berjalan seperti gunting, kerana meskipun ia lurus tapi ia memisahkan antara satu sama lain.

Biarkan kasih sayang itu berjalan seperti jarum kerana meskipun ia menusuk dan menyakitkan tetapi ia masih menyatukan antara satu sama lain..

Maaf....mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yg baik.

Maaf juga....mungkin selama ini aku sering melalaikanmu.

Maaf lagi.....mungkin selama ini aku membuatmu rasa sedih tersisih.

Maaf juga....mungkin selama ini bicaraku yang pedih.

Maaf sungguh...mungkin selama ini aku sering tidak mmahami.

Maaf aku hanya manusia biasa.


Kerana kelemahanku itu aku panjatkan doaku buatmu dikesempatan yg ada, semoga Allah selalu menyayangimu.Kerana siapa pun kamu.kamu tetap sahabatku.


Sesuatu yang sangat-sangat kita sayang itu..semuanya milik Dia.

Selamat tinggal bukanlah pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada sesuatu yang lebih baik. 

Iya kita mungkin tak selalu dapat apa yang kita mahu, tapi kalau kita sabar, redha dan terus berdoa, Tuhan akan beri pada kita sesuatu yang lebih kita perlu

Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta.

Yang kita minta belum tentu yang terbaik buat kita.

Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka.

Belajarlah redha apa yang kita ada.

Itulah yang terbaik buat kita.

Walaupun itu bukan yang kita suka.

Wahai sahabatku. Carilah lelaki yang mampu menjadi imam untukmu. Yang menitis air mata melihat kesakitanmu ketika melahirkan zuriatnya. 

Dan lelaki yang membangunkanmu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam. Jika pencarian itu telah engkau temui, jangan lupa bersyukur kepada-Nya. 

Jadilah permaisuri hatinya, peneman dikala suka dan duka, pengubat rindu dan lara.

Insya Allah ^_^

 
                
                       
Posted by puteri bungsu
Artikel Kata - Kata Indah 

0 komentar:

Posting Komentar