Jangan bermain dengan perasaan,
Kerana ia akan menjadikan diri kita lemah
Dalam menangani situasi ataupun membuat keputusan, lelaki biasanya lebih mendahulukan akal. Manakala sifat wanita lebih mengutamakan perasaan.
Dalam menangani situasi ataupun membuat keputusan, lelaki biasanya lebih mendahulukan akal. Manakala sifat wanita lebih mengutamakan perasaan.
Sifat mengutamakan perasaan,
tanpa mengira lelaki ataupun perempuan, adakalanya menjadi kelemahan
dalam diri. Pada zaman Rasulullah SAW, apabila seorang wanita daripada
kabilah Makhzumiah mencuri, Rasulullah SAW tanpa ragu-ragu menjatuhkan
hukuman potong tangan.
Rasulullah seorang yang lemah
lembut. Namun semasa menegakkan hukum Allah, ketegasan baginda luar
biasa. Baginda tidak bermain-main dengan perasaannya.
Semasa orang Quraisy meminta Usamah bin Zaid mengajukan kepada Rasulullah supaya hukuman diringankan, Rasulullah marah.
Baginda berkata, “Wahai
manusia, apa yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum kamu adalah
apabila mereka mengetahui ada orang mulia yang mencuri, mereka
membiarkannya. Tetapi, apabila mereka mendapati ada orang lemah yang
mencuri, mereka menjatuhkan hukuman. Demi Allah SWT, sekiranya Saidatina
Fatimah binti Muhammad yang mencuri, aku memotong tangannya.”
[hadis ini direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim]
Sikap tegas Rasulullah SAW
perlu ada pada para hakim supaya apabila mereka menjatuhkan hukuman,
mereka tidak dimainkan oleh perasaan. Mereka tetap tegas. Hukuman perlu
dijalankan tanpa mengira status dan pangkat.
Hindari Bermain Dengan Perasaan!
Begitu juga yang perlu kita
tetapkan dalam hati, tidak bermain dengan perasaan, sekiranya kita
sedang mengalami kegagalan bercinta. Maka jangan bermain dengan
perasaan!
Ini kerana, ia akan menjadikan
diri kita lemah dan berasa seolah-olah tiada yang lebih baik daripada
dirinya, dan tiada yang mampu menggantikan kedudukannya, dan tiada yang
dapat mengisi relung hati kita selain dirinya.
Begitu yang terjadi apabila
perasaan memainkan peranan. Apa yang timbul adalah rasa kerdil,
pandangan sempit, dan sikap-sikap yang membuatkan diri menjadi lemah dan
dikasihani, seperti mengeluh, bersedih dan meratapi kegagalan.
Mari sejenak kita mengamati
kisah Ummu Salamah apabila beliau kehilangan suami tercinta, iaitu Abu
Salamah Al-Makhzumi. Beliau merasakan tiada orang dapat menggantikan
tempat suaminya.
Apabila para pembesar daripada kalangan sahabat masuk meminang, semua pinangan ditolak.
Allah SWT tidak pernah lalai
kepada janji-Nya. Doa wanita mulia itu dimakbulkan selepas Allah SWT
memilih beliau sebagai seorang daripada Ummul Mukminin, apabila
Rasulullah meminangnya.
Beliau akhirnya mendapat
seorang pengganti yang jauh lebih baik daripada suaminya. Tidak lain
tidak bukan, semulia-mulia manusia yang turut dipuji oleh Allah SWT,
iaitu Rasulullah SAW.
Oleh itu, keyakinan perlu
sentiasa ditanam dalam hati. Walaupun apa pun yang menimpa diri, kita
perlu berlapang dada. Lihat semua masalah dengan kaca mata iman, bukan
perasaan.
Ini penting kerana, ada kalanya
iman dikalahkan oleh perasaan, sehingga timbul penyesalan kepada apa
yang menimpa diri sekali gus menyalahkan takdir.
Sumber : Puteri Bungsu
0 komentar:
Posting Komentar